Pilihan bahasa

Pilihan Warna   default blue red font_default font_orange font_purple Saiz Teks
     

Khidmat Regulatori Penguatkuasaan

Jabatan Pertanian menguatkuasakan Akta-Akta berikut :

  1. Akta Racun Makhluk Perosak 1974

    -Pengeluaran permit import bagi racun perosak untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan.
    -Pengeluaran lesen premis untuk menjual racun perosak dan penyimpan racun perosak untuk jualan.
    -Pendaftaran racun perosak yang diimport dan dikilang untuk jualan.
    -Kelulusan penyemburan racun perosak melalui udara.
    -Kelulusan pengiklanan racun perosak.

  2. Akta Kuarantin Tumbuhan 1976

    -Pengeluaran permit import bagi tumbuh-tumbuhan, produk tumbuhan dan organisasi/mikroorganisma.
    -Pengeluaran Sijil Fitosanitasi bagi tumbuh-tumbuhan dan komoditi pertanian untuk dieksport.
    -Kuarantin lepas masuk.

  3. Akta Perlindungan Varieti Baru 2004

    -Mmberi perlindungan hak pembiak baka bagi varieti baru tumbuhan yang dicipta.
    -Memberi pengiktirafan dan perlindungan ke atas sumbangan petani, masyarakat setempat dan pribumi terhadap pewujudan varieti baru.
    -Menggalakkan pelaburan pembangunan pembiakan varieti baru.

  4. Pengeluaran Lesen Eksport dan Permit

  5. Perintah Kastam (Larangan Mengenai EKsport) 1988

    -Pengeluaran lesen eksport bagi tumbuh-tumbuhan.

  6. Konvesyen Perdagangan Antarabangsa bagi Spesies-spesies Haiwan dan Tumbuhan Liar yang Terancam Pupus (CITES)

    -Pengeluaran permit CITES bagi tumbuh-tumbuhan liar yang terancam pupus untuk dieksport.

Perkhidmatan Persijilan Kualiti

Memberi Khidmat Persijilan Kualiti ke atas sistem pengeluaran tanaman berkualiti seperti :

  1. Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM)

    -Mengiktiraf ladang dan kebun yang mengamalkan amalan pertanian baik (GAP) yang menghasilkan produk berkualiti, selamat dan sesuai untuk dimakan.

  2. Skim Organik Malaysia

    -Mengiktiraf ladang dan kebun yang mnegusahakan tanaman mengikut piawaian organik negara MS 1529 dengan mengeluarkan label logo 'Organik Malaysia".

Latihan Usahawan Tani

Kursus dan latihan dalam bidang pertanian kepada belia-belia yang berminat dalam bidang pertanian adalah seperti berikut :

  1. Latihan Sijil Pertanian

    - Latihan bagi melahir tenaga mahir pertanian di peringkat operasi bagi memenuhi keperluan tenaga kerja di sektor kerajaan dan swasta.
    -Melahirkan bakal usahawan pertanian terlatih.

  2. Pusat Inkubator Pertanian

    -Memberi latihan kemahiran dan pendedahan operasi pengeluaran pertanian secara komersil selama 8 bulan kepada usahawan tani.

  3. Pusat Bimbingan Usahawan (Pemprosesan Makanan)
    -Menjalankan kursus teknikal dan hands-on dalam pemprosesan dan pengeluaran produk makanan bermutu secara komersil yang mnepeati amalan pengilangan yang baik (GMP), amalan kebersihan yang baik (GHP) selama 6 bulan.

Khidmat Nasihat dan Perundangan Pertanian

      Kajian daya maju projek.



      Kesesuaian tanah dan agroiklim bagi pelbagai tanaman.



      Pakej teknologi bagi pengeluaran tanaman-tanaman makanan dan industri meliputi :

 

      - Agronomi tanaman dan lepas tuai komoditi pertanian.

 

      -Sistem pengairan ladang dan kejenteraan ladang.

 

      -Kawalan dan pengurusan perosak dan penyakit tanaman.



      Pembangunan industri kecil dan sederhana berasaskan pertanian.



      Pembangunan tapak semaian bagi pengeluaran benih tanaman buah-buahan, koko, kopi, kelapa, bunga-bungaan dan tanaman hiasan.



      Teknologi pembiakan biji benih bagi biji benih padi, sayur-sayuran dan tanaman-tanaman kontan lain.



      Pemuliharaan tanah di kawasan pertanian erdasarkan garis panduan pembangunan pertanian di kawasan tanah cerun.



    Pelancongan dalam Pertanian.
Pengumuman  Berita

Tarikh Dan Peraturan Pembayaran…

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini ........

baca lagi

Kursus HandOn Laser Land…

  Alor Setar - 18 April 2018 satu Kursus HandOn Laser Land Levelling System  telah diadakan di Pusat Latihan Pertanian di Telok Chengai...

baca lagi
 Pengumuman lain >>   Berita seterusnya >>
folder   Buku                                               folder   e-Buletin
             
folder   RMK - 10   folder   Pelan Strategik Jabatan Pertanian
             
folder   Berita Pertanian   folder   Laporan Tahunan
May 2018
S M T W T F S
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31 1 2
video Galeri Video   audio Galeri Audio   rss copy RSS      
photo copy Galeri Foto   keratanakhbar Keratan Akhbar            

 

meeting-participant   Ibu Pejabat   applications-engineering   Bahagian Teknikal
             
meeting-attending   Pusat Pertanian   1390840360 file-manager   Pejabat Pertanian Daerah

Info Penting

Undian

Adakah anda mendapat maklumat yang diperlukan selepas melayari laman web kami?

 

Pengumuman

Tarikh Dan Peraturan Pembayaran…

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini ........

baca lagi

Berita

Kursus HandOn Laser Land…

  Alor Setar - 18 April 2018 satu Kursus HandOn Laser Land Levelling System  telah diadakan di Pusat Latihan Pertanian di Telok Chengai...

baca lagi