Pilihan bahasa

Pilihan Warna   default blue red font_default font_orange font_purple Saiz Teks
     

Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)

Untuk menjadikan Malaysia Negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020, Kerajaan pada bulan Oktober 2010 telah melancarkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi meningkatkan pendapatan per kapita daripada AS$6,700 (RM23,700) pada tahun 2009 kepada AS$15,000 (RM48,000) pada tahun 2020. Peningkatan ini akan dicapai melalui pertumbuhan pendapatan negara kasar (GNI) sebanyak 6% setahun sehingga 2020.

ETP memberi fokus kepada 12 Bidang Ekonomi Utara Negara (NKEA) iaitu:

  • Minyak, Gas dan Tenaga
  • Minyak Sawit
  • Perkhidmatan Kewangan
  • Pelancongan
  • Perkhidmatan Perniagaan
  • Elektronik dan Elektrikal
  • Borong dan Runcit
  • Pendidikan
  • Kesihatan
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  • Pertanian
  • Greater Kuala Lumpur

Dibawah ETP, NKEA tersebut telah dikenalpasti sebagai pemacu aktiviti ekonomi yang mempunyai potensi untuk memberi sumbangan secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Sebanyak 131 Projek Penggerak Ekonomi (EPP) dan 60 peluang perniagaan (BO) telah dikenalpasti untuk menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara kasar (GNI).

Jabatan Pertanian hanya terlibat dalam 2 Projek Penggerak Ekonomi (EPP) iaitu EPP 1 (Unlocking value from Malaysia's biodiversity through high-value herbal products) dan EPP 7 (Upgrading capabilities to produce fruit and vegetables for premium markets). Dibawah EPP 1, tanaman herba yang akan difokus adalah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kuching, Dukung Anak dan Hempedu.

Manakala dibawah EPP 7, tanaman buah-buah yang difokus adalah Betik eksotika, Nanas MD2, Rock Melon KR, Belimbing B10, Nangka J32 dan Pisang cavendish ; tanaman sayur-sayuran yang difokus adalah Tomato, Capsicum dan Lettuce. GNI yang disasarkan pada tahun 2020 bagi EPP 1 adalah RM2.2 billion manakala bagi EPP 7 adalah sebanyak RM1.4 billion.

Disamping itu, Jabatan Pertanian juga terlibat dalam 2 peluang perniagaan (BO) iaitu BO 8 (Button mushroom farming) dan BO 9 (Packaged fruit production such as jackfruit). GNI yang disasarkan pada tahun 2020 bagi BO 8 adalah RM182 juta manakala bagi BO 9 adalah sebanyak RM54 juta.

Dasar Agromakanan

DASAR AGROMAKANAN (2011-2020)

Dasar Agromakanan 2011-2020 ini merupakan kesinambungan kepada Dasar Pertanian Negara Ketiga 1998-2010 (DPN3) bertujuan untuk meningkatkan pendapatan dan menjamin bekalan makanan. Dasar ini juga menggariskan beberapa halatuju strategik untuk meningkatkan kedayasaingan di sepanjang rantaian nilai di samping meningkatkan pengeluaran secara mampan

Lihat Laporan Akhir Dasar Agromakanan (2011-2020) - Klik sini

Pengumuman  Berita

Tarikh Dan Peraturan Pembayaran…

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini ........

baca lagi

Kursus HandOn Laser Land…

  Alor Setar - 18 April 2018 satu Kursus HandOn Laser Land Levelling System  telah diadakan di Pusat Latihan Pertanian di Telok Chengai...

baca lagi
 Pengumuman lain >>   Berita seterusnya >>
folder   Buku                                               folder   e-Buletin
             
folder   RMK - 10   folder   Pelan Strategik Jabatan Pertanian
             
folder   Berita Pertanian   folder   Laporan Tahunan
May 2018
S M T W T F S
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31 1 2
video Galeri Video   audio Galeri Audio   rss copy RSS      
photo copy Galeri Foto   keratanakhbar Keratan Akhbar            

 

meeting-participant   Ibu Pejabat   applications-engineering   Bahagian Teknikal
             
meeting-attending   Pusat Pertanian   1390840360 file-manager   Pejabat Pertanian Daerah

Info Penting

Undian

Adakah anda mendapat maklumat yang diperlukan selepas melayari laman web kami?

 

Pengumuman

Tarikh Dan Peraturan Pembayaran…

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini ........

baca lagi

Berita

Kursus HandOn Laser Land…

  Alor Setar - 18 April 2018 satu Kursus HandOn Laser Land Levelling System  telah diadakan di Pusat Latihan Pertanian di Telok Chengai...

baca lagi