Pilihan bahasa

Pilihan Warna   default blue red font_default font_orange font_purple Saiz Teks
     

Program Pengembangan Pertanian

Pengembangan pertanian adalah proses pedidikan tidak formal dalam konteks pemindahan teknologi pertanian yang dijalankan secara sistematik untuk membantu petani

menolong diri mereka sendiri bagi meningkatkan kemampuan mereka mencapai  kemajuan sosio ekonomi yang lebih baik.

Pendidikan tidak formal boleh ditakrifkan sebgai satu proses menghasilkan perubhan dan kepuasan dalam diri individu dan seterusnya mencapai objektif kumpulan yang lebih besar.

Program Pengembangan perlu dijalankan sebagai rangkain tindakan yang berterusan mengikut kaedah pengembngan yang berkesan bagi menyebarkan maklumat - maklumat yang

bersesuian , menepati kehendak dan keperluan petani bagi menghasilkan perubhan diingini.

 

Pendekatan pengembangan melibatkan 3 kategori  kumpulan tuampuan seperti:

i) Petani / Ushawan adalah mereka yang terlibat dalam semua  aktiviti pengeluaran dan pempresan  hasil pertanian

ii) Pelangan  adalah  semua orang yang mendapatkan perkhidmatan  yang berkaitan dengan pertanian daripada agen pengembangan.

ii) Kumpulan Sasar adalah kumpulan  yang merangkumi  petani , pelanggan dan mereka yang berpotensi terlibat dalam aktiviti pertanian.

 

Aktiviti Program Pengembangan Pertanian  adalah seperti berikut:

  • Lawatan Khidmat Nasihat 

adalah  lawatan oleh agen pengembangan ke kebun / ladang  atau perusahaan  atau kumpulan petani secara berjadual dan terancang.Sistem pengembangan  Jabatan Pertanian semasa , telah menetapkan kekerapan dan jadual lawatan pegawai pengembangan hendaklah berlandaskan kepada  kalendar tanaman.

  • Khidmat Perundingan

merupakan satu kaedah pengembngan yang selalu diguna paki untuk memberi khidmat nasihat terutama  mengenai peluang - peluang pelaburan  dan kemudahan insentif kepada  usahawan - ushawan  dan pihak swasta.

  • Forum Perbincangan 

adalah majlis rasmi yang terdiri daripada seminar , bengkel , dialog , perjumpaan rasmi , majlis penerangan yang diatur  khusus teknologi terkini dan mendapat maklum balas kumpulan petani / pelanggan.

  • Hari Ladang

adalah  salah satu metodologi pengembangan untuk menghebah program dan aktiviti jabatan, menyampaikan maklumat serta teknologi secara pakej kepada pelanggan di  kebun / ladang mereka, di pusat - pusat pertanian atau di tempai umum yang sesuai, kompleks komuniti berdektan sama ada ladang milik petani atau pun dalam pusat pertanian.

  • Petak Promosi  dan Demonstrasi  

dikendalikan oleh pegawai - pegawai teknikal dengan tujuan untuk mempromosikan teknologi baru / terkini kepada agen - agen pengembangan serta  petani - petani.

  •  Latihan Petani

dirancang, dijadual dan dilaksanakan  sama ada dalam bentu k ceramah (teori) atau secara latihan praktikal (hands-on).

  • Lawatan Penasihat Pakar

dilaksankan  oleh pegawai pakar secara individu atau kumpulan yang bertujuan untuk mengukuhkan pemantauan projek tanaman atau industri asas tani supaya pelaksanaannya nengikut perancangan dan mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

 

Pengumuman

MAKLUMAN WAKTU BERKERJA DI…

AHAD  -  RABU  8.00 PAGI - 4.30 PETANG  KHAMIS 8.00 PAGI - 3.30 PETANG  REHAT  1.00 PETANG - 2.00 PETANG

baca lagi

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA JABATAN…

Sila klik untuk maklumat selanjutnya

baca lagi

Berita

PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN…

       Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Pertanian Negeri Kedah telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada 6 - 8 Jun...

baca lagi