Pilihan bahasa

Pilihan Warna   default blue red font_default font_orange font_purple Saiz Teks
     

Program Pemulihan Tanaman Buah-buahan Terpilih

"Program Bantuan Tanam Semula Buah - Buahan Terpilih " merupakan usaha penting bagi memastikan kualiti serta kuantiti hasil tanaman dapat diperkukuhkan untuk pasaran dalam dan luar Negara , disamping menjamin sumber pendapatan pekebun secra berterusan .

 

Objektif Program

  • Membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil buah - buahan melalui peningkatan produktiviti, pengurusan tanaman dan pengalaman teknologi
  • Melaksanakan pemulihan dan mengamalkan MyGAP termasuk penggantian tanaman buah - buahan dengan benih berkualiti , pembajaan dan kawalan perosak  yang lebih terancang
  • Meningkatkan pengeluaran buah - buhan secara pukal, berkualiti dan mencukupi serta dapat memenuhi pasaran domestik dan eksport selaras dengan strategi Dasar Agromakanan Negara( 2011-2020)

Skop Program

Program bantuan Tanam Semula Buah - buahan Terpilih dilaksanakan untuk pekebun buah -buhan yang menuhi syarat  -syarat yang ditetapkan oleh kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dari semasa ke semasa.

 

Syarat- syarat Kelayakan Permohonan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas
  3. Telah / sedang mengusahakan tanaman buah - buhan di atas tanah sendiri, sewa, pajak atau lain - lain status tanah yang telah diberi kebenaran bertulis oleh pihak berkuasa berkaitan.
  4. Mempunyai keluasan tanah bertanam 5 hektar dan ke bawah
  5. Memiliki sijil MyGAP atau ke arah mendapatkannya dalam tempoh 2 tahun
  6. Bersedia menyumbang baki daripada kos yang berkaitan selain daripada kadar bantuan yang diberikan.
  7. Permohonan hanya sah apabila mendaftar menggunakan borang  yang disediakan dan setiap pemohon layak membuat 1 permohonan sahaja.

 

Untuk maklumat lanjut sila klik link di bawah atau  berhubung terus dengan Bahagian Pengembangan dan Pemabangunan Komoditi Jabatan Pertanian Negeri Kedah

dan  Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan.

Garis Panduan program Bantuan Tanam Semula Buah - Buahan Terpilih

Borang Permohonan Bantuan Tanam Semula Buah - buahan Terpilih

 

 

 

Pengumuman

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA JABATAN…

Sila klik untuk maklumat selanjutnya

baca lagi

Berita

PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN…

       Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Pertanian Negeri Kedah telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada 6 - 8 Jun...

baca lagi