Pilihan bahasa

Pilihan Warna   default blue red font_default font_orange font_purple Saiz Teks
     
  • Utama
  • Pelanggan
  • Pendaftaran
  • Pendaftaran/Pendaftaran Semula Racun Makhluk Perosak

Pendaftaran/Pendaftaran Semula Racun Makhluk Perosak

Suatu permohonan untuk pendaftaran atau pendaftaran semula sesuatu racun makhluk perosak hendaklah dibuat kepada Lembaga Racun Makhluk Perosak dalam Borang A (muat turun borang permohonan).

Permohonan yang berasingan hendaklah dibuat bagi racun makhluk perosak yang berlainan.

Pertubuhan perbadanan yang mengemukakan sesuatu permohonan kepada Lembaga untuk pendaftaran ataupendaftaran semula sesuatu racun makhluk perosak hendaklah sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125].

Bayaran permohonan

Bayaran bagi permohonan untuk pendaftaran atau pendaftaran semula sesuatu racun makhluk perosak ialah seribu lima ratus ringgit dan dibayar semasa permohonan dibuat. Bayaran permohonan yang dibayar tidak boleh dikembalikan.

Bayaran pendaftaran

Bayaran bagi pendaftaran atau pendaftaran semula sesuatu racun makhluk perosak mengikut kelas yang diperuntukkan bagi racun makhluk perosak sebagaimana yang ditetapkan dalam subsubperenggan 4(j)(i)


Peraturan-Peraturan Racun Makhluk Perosak (Pelabelan) 1984 [P.U. (A) 251/1984] seperti yang berikut:

(a) tiga ribu lima ratus ringgit bagi racun makhluk perosak Kelas 1a dan Kelas 1b;
(b) dua ribu ringgit bagi racun makhluk perosak Kelas II;
(c) satu ribu ringgit bagi racun makhluk perosak Kelas III; dan
(d) lima ratus ringgit bagi racun makhluk perosak Kelas IV, dan kena dibayar sebelum perakuan pendaftaran dikeluarkan.

Pengumuman

Tarikh Dan Peraturan Pembayaran…

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini ........

baca lagi

Berita

Kursus HandOn Laser Land…

  Alor Setar - 18 April 2018 satu Kursus HandOn Laser Land Levelling System  telah diadakan di Pusat Latihan Pertanian di Telok Chengai...

baca lagi