Pilihan bahasa

Pilihan Warna   default blue red font_default font_orange font_purple Saiz Teks
     

PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN JABATAN PERTANIAN NEGERI KEDAH

IMG 20170618 WA0000

       Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Pertanian Negeri Kedah telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada 6 - 8 Jun  2017 bertempat di Seksyen Pentadbiran , Bahagian Khidmat Pengurusan.Objektif  program ini diadakan ialah untuk memberi peluang kepada semua pegawai dan kakitangan perjawatan negeri di Ibu Pejabat  Jabatan Pertanian Negeri Kedah untuk  menyemak Buku Rekod Perkhidmatan(BKP) masing - masing dan seterusnya mengemaskini urusan perkhidmatan dan cuti di dalam BRP.Selain itu , bantuan HRMIS seperti semakan cuti, perisytiharan harta , kemaskini rekod peribadi dan sebagainya.Program ini juga memberi peluang kepada pegawai dan kakitangan mengemukakan pertanyaan , cadangan dan maklumbalas mengenai pengurusan pentadbiran/ perkhidmatan. Program Hari Bertemu Pelanggan ini telah berjaya dihadiri oleh 60 orang pegawai dan kakitangan.

 

Kursus Pelupusan Aset

 

kursuspelupusan1

Kuala Kedah ,17 April  hingga 19 April 2017 - Bahagian Pembangunan Sumber Manusia , Jabatan Pertanian Negeri Kedah telah menganjurkan Kursus Pelupusan Aset  yang telah diadakan di Pusat Latihan Pertanian Teluk Chengai , Kuala Kedah  selama 3 hari. Peserta kursus ini terdiri daripada pegawai aset di ibu pejabat dan pejabat - pejabat pertanian daerah.Bahagian Pembangunanan Sumber Manusia , Jabatan Pertanian Negeri Kedah telah menjemput penceramah dari INTAN untuk menjayakan kursus ini. Objektif kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi kefahaman dan penerangan tentang cara - cara perlupusan aset kepada pegawai aset di Jabatan Pertanian Negeri Kedah.

SUKAN PERDANA JABATAN PERTANIAN NEGERI KEDAH TAHUN 2017

 

sukan20174sukan20171

12 Mac 2017 - Jabatan Pertanian Negeri Kedah telah menganjurkan Sukan Perdana Jabatan Pertanian Negeri Kedah  yang telah berlangsung di Pusat Latihan Pertanian dan Pusat Latihan Pengembangan Pertanian (PLPP ) Telok Chengai .Pelbagai aktiviti sukan telah diadakan antaranya sukan futsal, bola jaring , tenis, bola tampar, sepak takraw dan permainan batu seremban, congkak , kram dan dart. Selain itu, aktiviti sukaneka dan tarik tali lelaki dan perempuan juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi sukan kali ini. Sukan Perdana ini disertai semua kakitangan Jabatan Pertanian Negeri dan Perseketuan.Secara keseluruhnya, Johan Sukan Perdana Jabatan Pertanian bagi tahun 2017 telah dimenangi oleh kakitangan Perseketuan .Ucapan taniah dan syabas diucapkan.

Majlis Perasmian dan Penyerahan " Tube Well Solar " dan Peralatan Pertanian Di Padang Terap

 

pictubesolar1

 

Padang Terap - 27 Februari 2017 , Satu Majlis Perasmian dan Penyerahan ''Tube Well Solar '' dan Peralatan Pertanian kepada petani telah diadakan di Projek Sayur ACDA , Kg Bendang Raja , Daerah Padang Terap Kedah yang telah dirasmikan oleh  YB. Dato' Haji Badrol Bin Hashim D.S.D.K; S.M.K ; A.M.K ; B.K.M; P.J.K. Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kuala Nerang Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan , Sumber Air, Bekalan Air dan Tenaga Negeri Kedah Darul Aman.

 

  • 1
  • 2

Pengumuman

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA JABATAN…

Sila klik untuk maklumat selanjutnya

baca lagi

Berita

PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN…

       Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Pertanian Negeri Kedah telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada 6 - 8 Jun...

baca lagi