Pilihan bahasa

Pilihan Warna   default blue red font_default font_orange font_purple Saiz Teks
     

Soalan Lazim

Soalan 1 :

Apakah bidang Khidmat Kepakaran yang ditawarkan?

Jawapan:

Antara Khidmat Kepakaran yang ditawarkan adalah:
1)Khidmat Nasihat Pertanian dan Perundingan Pertanian
2)Latihan Usahawan Tani
3)Perkhidmatan Persijilan Berkualiti
4)Khidmat Regulatori dan Penguatkuasaan
5)Khidmat Sokongan Teknikal
  • Pembangunan Komoditi
  • Perlindungan Tanaman & Kuarantin Tumbuhan
  • Kawalan Racun dan Perosak
  • Pengurusan &Pemuliharaan Tanah
  • Kejuteraan Pertanian

Soalan 2 :

Saya telah difahamkan bahawa teras perkhidmatan Jabatan Pertanian ialah Pengembangan Pertanian. Apakah yang dimaksudkan dengan Pengembangan Pertanian?

Jawapan:

Pengembangan Pertanian bermaksud usaha/kerja yang terancang untuk memperkasakan kumpulan sasar melalui penyampaian maklumat dan teknologi yang sesuai dengan menggunakan kaedah-kaedah yang terkini yang terbukti berkesan.

Soalan 3 :

Di manakah maklumat mengenai Panduan Menanam sayur-sayuran dan buah-buahan seperti yang terdapatdalam pelaksanaan Kempen Bumi Hijau boleh diperolehi?

Jawapan:

Jabatan Pertanian telah menerbitkan Panduan Menanam pelbagai sayur-sayuran, ulam-ulaman, herba dan buah-buahan dalam bentuk risalah (Infotani). Oleh itu, risalah ini boleh didapati di Ibu Pejabat Jabatan Pertanian dan semua pejabat-pejabat Pertanian Negeri .

Soalan 4 :

Bagaimana hendak mengikuti Kursus Keusahawan Kemahiran Pemprosesan Makanan di Jabatan Pertanian Negeri Kedah?

Jawapan:

Iklan tawaran kursus ini akan dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian sebelum sesi pengambilan baru dibuka .Borang permohonan boleh diperolehi melalui alamat Laman Web Jabatan Pertanian www.doa.gov.my atau Jabatan Pertanian Negeri dan Pejabat Pertanian Daerah yang berhampiran.

Soalan 5 :

Apakah kelebihan mengikuti kursus ini?

Jawapan:

Peserta akan didedahkan dengan pelbagai aspek penting yang perlu ada dalam perniagaan seperti Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP), Pemasaran,Perakaunan, Keusahawanan dll. Peserta juga diberikan latihan secara hands-on berkaitan aktiviti pemprosesan produk mengikut bidang yang ditawarkan. Peserta juga dilatih untuk menjadi seoarang usahawan yang berjaya.

Soalan 6 :

Bagaimanakah hendak menyertai TKPM?

Jawapan:

Pemohon boleh memohon iklan yang dibuat oleh pihak Jabatan Pertanian Negeri yang terbabit atau berjumpa dengan Pengarah Pertanian Negeri/PegawaiPertanian Daerah bagi mendapat maklumat berkenaan perkara tersebut.Pengambilan peserta dibuat melalui proses temuduga.

Soalan 7 :

Adakah projek TKPM hanya untuk usahawan bumiputera?

Jawapan:

Untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh,MADA telah merancang dan menggunakan pelbagai pendekatan untuk mengatasi masalah tersebut.Melalui program Estet padi yang dilancarkan baru-baru ini, ianya berkonsepkan pengurusan ladang secara berpusat yang diuruskan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan. Melalui cara ini, penggunaan tenaga buruh dapat diminimakan. Selain itu, penggunaan jentera sepenuhnya digunakan daripada proses menabur benih, pembajaan, kerja-kerja meracun dan juga kerja-kerja menuai.

Soalan 8 :

Bagaimanakah cara mendaftar sebagai pengguna Agribazaar?

Jawapan:

Pendaftaran sebagai pengguna Agribazaar boleh dibuat secara online dengan melawat portal Agribazaar.

Soalan 9 :

Apakah yang dimaksudkan dengan racun makhluk perosak?

Jawapan:

 Racun makhluk perosak ialah racun makhluk yang meliputi semua racun serangga, racun kulat, racun rumpai, racun tikus, racun siput dan racun makhluk lain yang digunakan dalam bidang pertanian, sektor kesihatan umum, sektor perhutanan dan yang di-gunakan dalam rumah.

Soalan 10 :

Apakah jenis khidmat siasatan tanah yang disediakan  oleh Jabatan Pertanian?

Jawapan: 

Jenis khidmat siasatan tanah yang disediakan adalah
1) Siasatan lengkap
2) Siasatan separa lengkap
3) Adhoc
 
 
Jika maklumat ini tidak mencukupi, sila hubungi :-
EN. KAMARUZAMAN BIN MD. ISA
JABATAN PERTANIAN NEGERI KEDAH 
TELOK CHENGAI , JALAN KUALA KEDAH
06600, KUALA KEDAH .
No. Telefon: 04-777 5000
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Soalan-soalan sedang dikemaskini.

Pengumuman

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA JABATAN…

Sila klik untuk maklumat selanjutnya

baca lagi

Berita

PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN…

       Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Pertanian Negeri Kedah telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada 6 - 8 Jun...

baca lagi