Pilihan bahasa

Pilihan Warna   default blue red font_default font_orange font_purple Saiz Teks
     
  • Utama
  • Warga Jabatan
  • Bahagian
  • Bahagian Industri Asas Tani

Bahagian Industri Asas Tani

Latar Belakang Bahagian

Dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK Ke 10), Program Pembangunan Industri Hiliran telah diperkukuhkan kepada Program Pembangunan Industri Asas Tani.

Tujuan utama bahagian ini adalah :

a. Membangunkan enterprise dan usahawan asas tani ke arah pembangunan industri asas tani yang mampan.
b. Meningkatkan pendapatan petani melalui aktiviti nilai tambah terutama bagi mereka yang berpendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan.
c. Meningkatkan aktiviti agro pelancongan sebagai satu aktiviti asas tani dalam menyampaikan ke arah program pelancongan negara.

Jabatan Pertanian telah mengenal pasti impak point perkhidmatan pengembangan bagi program pembangunan industri asas tani, antaranya adalah meningkatkan kebersihan premis kearah persijilan Amalan Pengilangan Baik (APB), penggunaan teknologi pemprosesan, penggunaan mesin, peningkatan kualiti produk melalui pembungkusan serta penjenamaan bagi meningkatkan jualan untuk pasaran global di samping mempertingkatkan penggunaan bahan tempatan sebagasi bahan utama pemprosesan.

Aktiviti pemprosesan yang dilaksanakan di dalam rumah akan diasingkan dari tempat kediaman dan premis yang sesuai akan dinaiktaraf melalui bantuan galakan yang disediakan oleh Jabatan Pertanian. Bagi meningkatkan produktiviti dan kebersihan pemprosesan bantuan juga akan diberikan melalui pinjaman peralatan atau mesin. Latihan dan bimbingan juga akan diberikan melalui pemindahan teknolongi pemprosesan dan kawalan mutu secara berterusan bagi menghasilkan produk yang konsisten, disamping membimbing peserta dalam meningkatkan kecekapan pengurusan projek dan keterampilan diri sebagai usahawan yang berjaya.

Aktiviti – Aktiviti Bagi Fungsi – Fungsi Utama

Sub Fungsi : Pembangunan Usahawan
Aktiviti

1. Merancang menyelaras dan melaksanakan program pengembangan Industri Asas Tani.
2. Merancang, menguruskan serta memantau pelaksanaan Program Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani.
3. Menyediakan khidmat pengembangan pemasaran dan perniagaan bagi produk Industri Asas Tani
4. Mewujudkan kerjasama strategik dengan badan – badan penyelidikan dan agensi sokongan.

Sub Fungsi : Industri Asas Tani
Aktiviti

1. Merancang, menyelaras dan melaksanakan program pembangunan dan kawalan kualiti produk Industri Asas Tani.
2. Merancang dan menggalakan amalan kualiti dan piawaian dalam pengeluaran pertanian (GMP, HACCP, GHP).
3. Menyelaras keperluan input dan infrastruktur dalam perlaksanaan program Industri Asas Tani
4. Menyelaras data pemantauan projek Industri Asas Tani.
5. Merancang dan menyediakan belanjawan tahunan dan lima tahun bagi bahagian.

Pengumuman

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA JABATAN…

Sila klik untuk maklumat selanjutnya

baca lagi

Berita

PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN…

       Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Pertanian Negeri Kedah telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada 6 - 8 Jun...

baca lagi