Pilihan bahasa

Pilihan Warna   default blue red font_default font_orange font_purple Saiz Teks
     
  • Utama
  • Warga Jabatan
  • Bahagian
  • Bahagian Kejuruteraan Pertanian

Bahagian Kejuruteraan Pertanian

Bahagian kejuruteraan pertanian terdiri daripada dua seksyen iaitu, seksyan pengurusan perolehan dan kejuruteraan pertanian dan seksyen pengurusan aset dan setor.
Seksyen pengurusan perolehan dan kejuruteraan pertanian bertanggungjawab ke atas kerja-kerja perolehan tender dan sebutharga serta terlibat dalam penyelarasan kerja-kerja yang melibatkan kejuruteraan pertanian seperti penyediaan spesifikasi infrastruktur ladang dan sebagainya. Seksyen ini juga terlibat secara langsung dalam penyelarasan penyelenggaraan dan pembaikan serta penambahbaikan kemudahan pejabat dan kuarters di peringkat negeri dan juga daerah di bawah seliaan pengarah pertanian negeri kedah. Selain bangunan, seksyen ini juga mengawal pembaikan kenderaan jabatan untuk keselesaan pengguna.
Seksyen pengurusan aset dan setor pula bertanggungjawab ke atas kerja-kerja yang melibatkan aset jabatan (aset alih, aset tak alih, aset hidup, setor) yang berpandukan Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2007, Pekeliling Perbendaharaan Bil.6 Tahun 2008 dan Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2009. Semua proses pendaftaran aset, penempatan dan pelupusan aset adalah dibawah kawalan seksyen ini. Selain itu, logistik jabatan juga di uruskan dibawah seksyen ini.

OBJEKTIF BAHAGIAN KEJURUTERAAN PERTANIAN

Objektif Bahagian ini ialah untuk memberi sokongan teknikal kepada sistem pengembangan Jabatan daripada aspek perkhidmatan kejuruteraan, pengurusan perolehan, aset dan stor Jabatan.

Objektif ini dicapai melalui beberapa strategi :

  • Memastikan semua urusan perolehan bekalan, kerja dan perkhidmatan Jabatan mematuhi akta acara kewangan 1957, arahan perbendaharaan dan surat pekeliling daripada Negeri dan Persekutuan.
  • Memastikan pengurusan aset alih kerajaan mematuhi Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2007 – Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan.
  • Memastikan pengurusan aset hidup kerajaan mematuhi Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2008 – Tatacara Pengurusan Aset Hidup Kerajaan.
  • Memastikan pengurusan setor mematuhi Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009 – Tatacara Pengurusan Setor Kerajaan.
  • Memastikan urusan penyediaan infrastruktur cekap dan sempurna dan selamat bagi kegunaan kakitangan dan pelanggan Jabatan Pertanian Negeri Kedah.
  • Memastikan pengurusan logistik jabatan tersusun dan terancang bagi memudahkan perjalanan pegawai dan kakitangan jabatan.

Pengumuman

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA JABATAN…

Sila klik untuk maklumat selanjutnya

baca lagi

Berita

PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN…

       Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Pertanian Negeri Kedah telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada 6 - 8 Jun...

baca lagi