Pilihan bahasa

Pilihan Warna   default blue red font_default font_orange font_purple Saiz Teks
     
  • Utama
  • Warga Jabatan
  • Bahagian
  • Bahagian Khidmat Pengurusan

Bahagian Khidmat Pengurusan

Latar Belakang
Bahagian Khidmat Pengurusan merupakan salah satu daripada enam bahagian yang terdapat di dalam organisasi Jabatan Pertanian Negeri Kedah Darul Aman.

Merujuk kepada Kementerian Kewangan Malaysia melalui surat Bil.8 (31.00)202/1/2-2 Jld.13 (3) bertarikh 9 April 2009 telah meluluskan Surat Kelulusan Perjawatan – Cadangan Penyusunan Semula Organisasi Jabatan Pertanian Negeri Kedah Darul Aman seperti yang dinyatakan dalam Surat Kelulusan Berjawatan Bil.N.24 Tahun 2009, Bahagian Pentadbiran Am dan Kewangan telah ditukar nama kepada Bahagian Khidmat Pengurusan.

Ia merupakan bahagian yang penting di dalam menguruskan hal-hal berkaitan kewangan, pentadbiran dan perkhidmatan. Bahagian ini diketuai oleh Penolong Pegawai Tadbir N32 (Khidmat Pengurusan) yang bertanggungjawab terus kepada Pengarah Pertanian Negeri.

Bahagian ini meliputi seksyen, iaitu :

  • Seksyen Kewangan
  • Seksyen Pentadbiran
  • Seksyen Perkhidmatan

Pembangunan modal insan menjadi keutamaan Bahagian Khidmat Pengurusan dalam melahirkan warga kerja yang berkemahiran tinggi dan berpengetahuan luas serta memiliki etika kerja yang positif melalui latihan dan pembelajaran berterusan.

Objektif
Melaksanakan pengurusan kewangan, pentadbiran, dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dan 'stockeholders' berteraskan kepada system pengurusan yang cekap dan efisien mengikut dasar perundangan dan peraturan-peraturan.

Fungsi Utama
1. Menjadi jentera pengurusan pentadbiran yang cekap dan tadbir urus sempurna
2. Merupakan tonggak utama dalam pengurusan yang berkaitan :

• Kewangan
• Pentadbiran
• Perkhidmatan

Aktiviti Fungsi Utama

Aktiviti fungsi utama Bahagian Khidmat Pengurusan adalah berikut :

1.0 Kewangan

1.1. Pengurusan Penyediaan Anggaran Tahunan
1.2. Pengurusan Emolumen (Gaji)
1.3. Pengurusan Perbelanjaan Mengurus

• Elaun Lebih Masa dan Tuntutan Perjalanan
• Daftar Bil
• Pesanan Kerajaan
• Baucar Bayaran
• Panjar Wang Runcit

1.4. Pengurusan Perbelanjaan Pembangunan

• Pesanan Kerajaan
• Baucar Bayaran

1.5. Pengurusan Terimaan Hasil
1.6. Pengurusan Stok dan Inventori

2.0 Pentadbiran

2.1. Pengurusan Direktorat
2.2. Pengurusan Kad Perakam Waktu
2.3. Pengurusan Surat-Menyurat
2.4. Pengurusan Fail
2.5. Pengurusan Keselamatan Pejabat
2.6. Pengurusan Mesyuarat


3.0 Perkhidmatan

3.1. Pengurusan Pengisian Jawatan (Tetap & Sambilan)
3.2. Pengurusan Pengesahan Jawatan
3.3. Pengurusan Kemasukan dalam Jawatan Berpencen
3.4. Pengurusan Penanggungan dan Pemangkuan Kerja
3.5. Pengurusan Kenaikan Pangkat
3.6. Pengurusan Laporan Tatatertib
3.7. Pengurusan Penempatan dan Pertukaran Pegawai
3.8. Pengurusan Latihan
3.9. Pengurusan Cuti
3.10. Pengurusan Peperiksaan
3.11. Pengurusan Pesaraan
3.12. Pengurusan Laporan Penilaian Prestasi
3.13. Pengurusan Pengisytiharan Harta
3.14. Pengurusan Malkumat HRMIS
3.15. Pengurusan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
3.16. Pengurusan Permohonan Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer

Pengumuman

MAKLUMAN WAKTU BERKERJA DI…

AHAD  -  RABU  8.00 PAGI - 4.30 PETANG  KHAMIS 8.00 PAGI - 3.30 PETANG  REHAT  1.00 PETANG - 2.00 PETANG

baca lagi

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA JABATAN…

Sila klik untuk maklumat selanjutnya

baca lagi

Berita

PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN…

       Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Pertanian Negeri Kedah telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada 6 - 8 Jun...

baca lagi