Pilihan bahasa

Pilihan Warna   default blue red font_default font_orange font_purple Saiz Teks
     
  • Utama
  • Warga Jabatan
  • Bahagian
  • Bahagian Sumber Manusia

Bahagian Latihan Teknikal

Latar Belakang Bahagian

Bahagian Latihan Teknikal diwujudkan untuk melaksanakan Program Pembangunan Latihan Teknikal yang komprehensif untuk mengeluarkan tenaga kerja yang terlatih, mahir dan pakar dalam bidangnya. Program ini dirangka dan dilaksana bagi menyokong usaha-usaha menjadikan sektor pertanian bercorak komersil sepenuhnya.

Penekanan juga diberikan supaya latihan juga meliputi aspek pengurusan dan keusahawan perniagaan tani moden serta bertanggungjawab dalam menaikkan imej jabatan di mata umum melalui publisiti dan pameran serta berfungsi sebagai penyalur maklumat teknologi pertanian kepada pelanggan melalui media cetak dan eletronik.

Bahagian Latihan Teknikal dibahagikan kepada dua seksyen, iaitu :
a) Seksyen Latihan
b) Seksyen Komunikasi

Objektif Bahagian
Objektif Bahagian Pembangunan Sumber Manusia adalah sebagaiman berikut :
a. Menyampaikan teknologi pertanian kepada pegawai dan pelanggan jabatan bagi melahirkan kumpulan tenaga kerja yang terlatih dan mahir untuk keperluan industri pertanian.
b. Memberi perkhidmatan sokongan teknikal bagi menyokong aktiviti pengembangan dan menyelaras program komunikasi dan dokumentasi peringkat jabatan.

Fungsi Utama Bahagian
1. Melaksanakan Program Pembangunan Sumber Manusia yang komprehensif untuk mengeluarkan tenaga kerja yang terlatih, mahir dan pakar dalam bidangnya. Program ini dirangka dan dilaksana bagi menyokong usaha-usaha menjadikan sector pertanian bercorak komersil sepenuhnya. Penekanan juga diberikan supaya latihan juga meliputi aspek pengurusan dan keusahawan perniagaan tani moden.
2. Bahagian Pembangunan Sumber Manusia juga bertanggungjawab dalam menaikkan imej jabatan di mata umum melalui publisiti dan pameran serta berfungsi sebagai penyalur maklumat teknologi pertanian kepada pelanggan melalui media cetak dan eletronik.


Aktiviti Utama Bahagian
1. Merancang serta menyediakan belanjawan tahunan dan lima tahun bahagian.
2. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau program pembangunan modal insan (kakitangan, golongan sasar).
3. Menyelaras, mengatur dan memantau Program Latihan Industri untuk IPTA/IPTS, Program Belia Tani dan kursus-kursus peralihan tentera/polis sebelum bersara.
4. Mengenalpasti keperluan latihan pegawai dan golongan sasar melalui kaedah TNI dan TNA.
5. Menghantar Pegawai menghadiri kursus/ seminar anjuran Ibu Pejabat Putrajaya serta agensi-agensi lain.
6. Mengurus dan mentadbir pusat-pusat latihan pertanian Jabatan Pertanian Negeri Kedah Darul Aman.
7. Melaksanakan kerja publisiti jabatan dan Program Sebaran Am Pembangunan Pertanian Negeri Kedah.
8. Merancang dan mengurus pusat sumber
9. Merancang dan mengurus 'Bussiness Development Centre' (BDC)
10. Merancang dan menyelaras Program Publisiti Jabatan (Hari Ladang, Hari Bertemu Pelanggan, Promosi dan Pameran)
11. Merancang, melaksana dan bertanggungjawab terhadap program publisiti dan komunikasi jabatan, penyediaan dan pengeluaran video serta multimedia.
12. Penerbitan maklumat-maklumat teknikal dan bukan teknikal dalam bentuk bahan cetak dan media komunikasi bagi meningkatkan keberkesanan penyebaran maklumat teknologi kepada kakitangan jabatan dan pengusaha-pengusaha pertanian.
13. Mengumpul, mengurus dan mengedar media cetak pengembangan untuk kegunaan kakitangan jabatan dan orang ramai di Pusat Sumber Jabatan Pertanian.

Pengumuman

MAKLUMAN WAKTU BERKERJA DI…

AHAD  -  RABU  8.00 PAGI - 4.30 PETANG  KHAMIS 8.00 PAGI - 3.30 PETANG  REHAT  1.00 PETANG - 2.00 PETANG

baca lagi

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA JABATAN…

Sila klik untuk maklumat selanjutnya

baca lagi

Berita

PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN…

       Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Pertanian Negeri Kedah telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada 6 - 8 Jun...

baca lagi