Pilihan bahasa

Pilihan Warna   default blue red font_default font_orange font_purple Saiz Teks
     
  • Utama
  • Warga Jabatan
  • Bahagian
  • Bahagian Pengembangan Dan Pembangunan Komoditi

Bahagian Pengembangan Dan Pembangunan Komoditi

Latar Belakang Bahagian

Jabatan Pertanian ditubuhkan pada tahun 1905 adalah agensi yang bertanggungjawab sebagai agensi peneraju dalam perkhidmatan pengembangan bagi memastikan kejayaan di sektor pertanian dalam menyumbang kea rah peningkatan pengeluaran dan keselamatan makanan Negara.

DPN 3 berwawasan untuk mewujudkan satu sektor pertanian yang lebih moden, komersil dan lestari bagi mengeluarkan makanan yang berkualiti, selamat dan halal. Sebagai usaha untuk membantu mempercepatkan pencapaian wawasan ini, beberapa pendekatan telah dikenalpasti seperti berikut :

1. Menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam pengeluaran komoditi makanan.
2. Memoden dan mengkomersilkan sektor pekebun kecil.
3. Membangunkan usahawan termasuk belia usahawan yang bergiat dalam aktiviti pengeluaran secara efisien dan berskala besar melalui program-program seperti TKPM.
4. Menggunakan pendekatan MoA Inc. (pengembelingan sumber tenaga dan fikiran secara bersepadu) untuk menjana sektor pertanian kea rah yang lebih moden, komersil, berteknologi tinggi serta efisien.
5. Memberi khidmat pergembangan dan perundingan pertanian serta sokongan teknikal secara profesional kepada pelanggan dan pelabur dalam sektor pertanian serta dapat mempermudahkan ruang pemasaran dalam perdagangan antarabangsa.
6. Mempertingkatkan industri buah-buahan, sayuran dan tanaman ladang, padi dan tanaman industri serta bunga-bungaan bagi mencapai perdagangan antarbangsa serta mengurangkan deficit perdagangan (Balance of Trade, BOT) sektor pertanian.
7. Menjamin kualiti dan keselamatan makanan serta alam sekitar dengan mewujudkan Standard's seperti Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SLAM), Amalah Pertanian Baik (ABP) dan Skim Organik Malaysia.

Bahagian ini mengandungi 4 seksyen dan 2 unit iaitu :
1. Seksyen Hortikultur

1.1 Unit Buah-buahan
1.2 Unit Sayuran dan Tanaman Ladang

2. Seksyen Padi, Tanaman Industri dan Florikultur (PTIF)
3. Seksyen Perundingan dan Pelaburan
4. Seksyen Pemasaran

Objektif Bahagian
1. Memberi perkhidmatan pergembangan, perundingan, sokongan teknikal dan khidmat nasihat yang profesional dalam industri tanaman makanan bagi menentukan pengeluaran makanan yang mencukupi untuk keperluan Negara.
2. Meningkatkan penyertaan pihak swasta dan usahawan dalam projek-projek pertanian, khususnya sub-sektor tanaman makanan melalui khidmat perundingan dan insentif pelaburan, program promosi serta insentif teknologi bagi pengeluaran bahan makanan.
3. Menambah dan meluaskan aktiviti pemasaran hasil pertanian melalui aktiviti penggredan, pembungkusan, promosi dan pengedaran yang lebih berkesan serta menemusua antara pengusaha dan pemborong.
4. Meningkatkan pengeluaran hasil dan kualiti tanaman makanan serta selamat dimakan bagi menjamin pengeluaran makanan yang mencukupi untuk keperluan Negara.

Fungsi Utama Bahagian
1. Merancang, menyelaras dan memantau pelaksaan aktiviti pemindahan teknologi dan khidmat nasihat teknikal selaras dengan pelaksanaan Sistem Pengembangan Tekno Pertanian (SPTP).
2. Merancang, menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan program pembangunan industri buah-buahan, sayuran dan tanaman ladang, padi, tanaman industri dan florikultur.
3. Merancang dan menyedia dasar dan skop belanjawan program pembangunan komoditi bagi Rancangan Lima Tahun dan Tahunan.
4. Merancang, menyelaras dan memantau perlaksanaan sawah gemilang, petak-petak pemerhatian, demonstrasi dan promosi teknologi tanaman.
5. Merancang, menyelaras dan melaksana khidmat perundingan dan pelaburan mengikut kategori pelanggan.
6. Mengumpul dan menyelaras penyediaan bahan-bahan pengembangan untuk memperkemaskan pemindahan teknologi tanaman.
7. Merancang, menggalak, menyelaras dan memantau amalan pertanian baik (APB) kea rah persijilan SALM dan SOM.
8. Merancang, menyelaras dan mengurus pusat-pusat pertanian kea rah Pusat Pengembangan Teknologi (PPT)
9. Menyediakna khidmat pengembangan pemasaran melalui aktiviti penggredan, pembungkusan dan pengedaran serta promosi jualan yang lebih berkesan.
10. Menyelaras, memantau dan menguruskan perlaksanaan system pengurusan kualiti MS ISO 9001:2008 perkhidmatan pengembangan pertanian melalui dokumentasi dan mesyuarat.
11. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau pelaksanaan projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM).
12. Menyelaras Projek Promosi bersama dengan badan-badan penyelidikan, agensi sokongan dan pihak swasta kea rah mewujudkan kerjasama teknikal.
13. Menjadi urusetia Mesyuarat Jawatankuasa MoA Inc dan Jawatankuasa Teknologi, Promosi dan Demonstrasi Peringkat Negeri Kedah.

Pengumuman

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA JABATAN…

Sila klik untuk maklumat selanjutnya

baca lagi

Berita

PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN…

       Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Pertanian Negeri Kedah telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada 6 - 8 Jun...

baca lagi