Pilihan bahasa

Pilihan Warna   default blue red font_default font_orange font_purple Saiz Teks
     
  • Utama
  • Warga Jabatan
  • Mengenai kami
  • Latarbelakang & Sejarah

Latarbelakang dan Sejarah

SEJARAH JABATAN PERTANIAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

PENDAHULUAN

Jabatan Pertanian Negeri Kedah Darul Aman telah membawa bangyak perubahan dalam pembangunan Pertanian Negeri Kedah Darul Aman. Semenjak penubuhannya dalam tahun 1922, ia telah ditugaskan untuk melaksanakan kerja-kerja pengembangan pertanian bagi memajukan sektor pertanian di negeri ini. Dari tahun ke tahun, pernan dan aktivitinya kian berkembang dan organisasinya telah dan akan terus mengalami perubahan untuk menyediakan perkhidmatan kepada petani-petani dengan lebih cekap dan berkesan.

JAWATAN TERTINGGI KETUA JABATAN

Jabatan Pertanian Negeri Kedah Darul Aman mula dikenali dengan nama Pejabat Pekerjaan Tanam-tanaman Kedah. Jawatan yang tertinggi adalah Pegawai Tanaman. Jawatan ini kemudiannya diwartakan dalam "Gazette Notification" Kerajaan Negeri Kedah No. 285, bertarikh 13 Disember 1928 sebagai Ketua Jabatan Pertanian dan juga berfungsi sebagai pegawai penguatkuasa Undang-Undang Tanaman Kelapa.

Pada 17 Mei 1930, jawatan yang lebih tinggi dalam Jabatan telah diwujudkan iaitu Kepala Pekerjaan Tanaman Kedah (Prinsipal Agricultural Office Kedah). Jawatan ini telah diwartakan dalam “Gazette Notification” Kerajaan Negeri kedah No. 190 tahun 1930 dan pertama kali disandang oleh W. N Sand (1930 - 1935)

Apabila Y.T.M Tunku Yaacob ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah menjadi Kepala Pekerjaan Tanaman Negeri Kedah (1936-1949), Y.T.M telah membuat permohonan kepada “State Counsil” pada 14 Mac 1936 untuk menukar nama jawatan ini kepada “State Agricultural Officer”. Pemohonan Y.T.M telah tidak diluluskan. Walau bagaimanapun pertukaran ini kemudiannya dipersetujui dan mulai 1 April 1946 nama jawatan ini ditukar sebagai “State Agricultural Officer Kedah/Perlis”. Mulai tarikh ini, aktiviti memajukan bidang pertanian di Negeri Perlis juga diletakkan di bawah pentadbirannya Pejabat Pekerjaan Tanam-Tanaman di Alor Setar.Sebelum ini, ianya adalah di bawah Pentadbiran Pejabat Tanah Negeri Perlis.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, pentadbiran Jabatan di Negeri Kedah dan Perlis diasingkan dan jawatan Ketua Jabatan ditukar pula kepada “State Agricultural Officer Kedah”. Mulai tahun 1960, pentadbiran Jabatan kembali diterajui oleh seorang anak negeri setelah 10 tahun diterajui oleh beberapa orang Pegawai British. Pegawai berkenaan adalah En. Mohd Noor b. wahab yang berasal dari Junjong, Kulim. Mulai waktu beliaulah Bahasa Kebangsaan digunakan dalam laporan-laporan tahunan Jabatan. Jawatan yang tertinggidalam Jabatan telah dicatatkan sebagai Pegawai Pertanian Negeri.

Kemudian pada tahun 1971 iaitu pada masa En. Mohd Tamin b. Yeop (Dato’) menjadi Ketua Jabatan, nama jawatan ini ditukar menjadi Pengarah Pertanian Negeri dan ianya kekal hingga sekarang.

LOKASI IBU PEJABAT PERINGKAT NEGERI

Pada masa Y.T.M Tunku Yaacob menjadi Kepala Pekerjaan Tanaman Kedah barulah Jabatan mempunyai bangunan pejabatnya sendiri di mana sebelumnya segala kerja pentadbiran dibuat di Pejabat kecil di dalam Pejabat Pelabuhan, Tanjung Chali, Alor Setar dan kemudiannya di sebuah rumah di Kanchut yang disewakan untuk dijadikan Pejabat. Bangunan Pejabat yang baru ini berharga $ 21,500.00, terletak di Jalan Langgar dan siap untuk digunakan pada 9 April 1936. Apabila Perang Dunia Kedua meletus, kerja-kerja pentadbiran dibuat dari rumah Y.T.M. sendiri hinggalah tahun 1944 bila Jabatan mendapat ruangan untuk dijadikan Pejabat di Old Court House. Walau bagaimanapun pada tahun sama, Jabatan ini telah berpindah pejabat ke Bangunan Kerajaan di Jalan Raja. Pada bulan Mei 1986, Ibu Pejabat Jabatan ini telah berpindah ke Telok Chengai.

Pengumuman

MAKLUMAN WAKTU BERKERJA DI…

AHAD  -  RABU  8.00 PAGI - 4.30 PETANG  KHAMIS 8.00 PAGI - 3.30 PETANG  REHAT  1.00 PETANG - 2.00 PETANG

baca lagi

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA JABATAN…

Sila klik untuk maklumat selanjutnya

baca lagi

Berita

PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN…

       Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Pertanian Negeri Kedah telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada 6 - 8 Jun...

baca lagi