Pilihan bahasa

Pilihan Warna   default blue red font_default font_orange font_purple Saiz Teks
     

header2-ms

  • Utama

Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM)


1. Pengenalan

SALM ialah satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan. 

Skim ini berpandukan kepada Standard Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) dan berdasarkan kepada Malaysian Standard MS1784:2005 Crop Commodities – Good Agricultural Practice (GAP).

Untuk mendapatkan Standard SALM, klik pautan berikut :

Standard SALM 


2. Proses Pensijilan SALM

Proses untuk pensijilan melibatkan kerja-kerja pemprosesan, permohonan, pemeriksaan ladang dan kawasan, verifikasi amalan ladang, analisis hasil ladang, penilaian dan kelulusan oleh Jawatankuasa Pensijilan.

3. Carta aliran kerja SALM

Carta aliran kerja bagi pensijilan SALM (dilampirkan ).

 

4. Kursus yang dijalankan

a)Kursus Pegawai Audit SALM

Kursus ini adalah untuk melatih pegawai-pegawai Jabatan Pertanian yang dipilih untuk menjadi pegawai audit yang tugasnya adalah mengaudit ladang-ladang pemohon pensijilan SALM. Peserta bagi kursus ini adalah dipilih oleh Urusetia Pensijilan SALM.

b)Kursus Pembimbing SALM

Kursus ini adalah untuk pegawai Jabatan Pertanian terdiri dari pegawai-pegawai di daerah yang bertujuan untuk melatih mereka agar dapat membimbing pengusaha-pengusaha yang memohon pensijilan SALM. Peserta bagi kursus ini adalah dipilih oleh Urusetia Pensijilan SALM dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri.

c)Kursus Pengusaha SALM

Kursus untuk pengusaha yang berminat untuk menyertai pensijilan SALM. Peserta akan diberi pendedahan tentang aspek-aspek dalam Amalan Pertanian Baik dan langkah-langkah di dalam mendapatkan pensijilan SALM.  Peserta bagi kursus ini adalah dipilih oleh Urusetia Pensijilan SALM dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri.

 

5. Senarai penerima sijil SALM

Senarai penerima sijil SALM (dilampirkan)

 

6. Borang Permohonan

Borang SALM)
Laporan Pemeriksaan Awal dan Pengesahan Permohonan

 

7. Pegawai Penghubung

Untuk maklumat lanjut dan penghantaran borang permohonan, boleh menghubungi pegawai kami di pejabat atau melalui talian:

Urusetia Pensijilan Ladang
Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman
Jabatan Pertanian Malaysia
Aras 7, Wisma Tani, Lot 4G2,
No. 30, Persiaran Perdana, Presint 4,
62624 Putrajaya,
Malaysia.
No. Telefon : 03-88703454 / 3450 / 3583      
No. Faks     : 03-88887639