Pilihan bahasa

Pilihan Warna   default blue red font_default font_orange font_purple Saiz Teks
     

header2-ms

  • Utama

Pendaftaran/Pendaftaran Semula Racun Makhluk Perosak

Suatu permohonan untuk pendaftaran atau pendaftaran semula sesuatu racun makhluk perosak hendaklah dibuat kepada Lembaga Racun Makhluk Perosak dalam Borang A (muat turun borang permohonan).

Permohonan yang berasingan hendaklah dibuat bagi racun makhluk perosak yang berlainan.

Pertubuhan perbadanan yang mengemukakan sesuatu permohonan kepada Lembaga untuk pendaftaran ataupendaftaran semula sesuatu racun makhluk perosak hendaklah sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125].

Bayaran permohonan

Bayaran bagi permohonan untuk pendaftaran atau pendaftaran semula sesuatu racun makhluk perosak ialah seribu lima ratus ringgit dan dibayar semasa permohonan dibuat. Bayaran permohonan yang dibayar tidak boleh dikembalikan.

Bayaran pendaftaran

Bayaran bagi pendaftaran atau pendaftaran semula sesuatu racun makhluk perosak mengikut kelas yang diperuntukkan bagi racun makhluk perosak sebagaimana yang ditetapkan dalam subsubperenggan 4(j)(i)


Peraturan-Peraturan Racun Makhluk Perosak (Pelabelan) 1984 [P.U. (A) 251/1984] seperti yang berikut:

(a) tiga ribu lima ratus ringgit bagi racun makhluk perosak Kelas 1a dan Kelas 1b;
(b) dua ribu ringgit bagi racun makhluk perosak Kelas II;
(c) satu ribu ringgit bagi racun makhluk perosak Kelas III; dan
(d) lima ratus ringgit bagi racun makhluk perosak Kelas IV, dan kena dibayar sebelum perakuan pendaftaran dikeluarkan.