BALING, 6 September – Jabatan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) terus membuktikan keunggulannya apabila berjaya meraih tempat ketiga bagi kategori Perkhidmatan Terbaik di reruai sempena Program Madani Rakyat Peringkat Negeri Kedah yang berlangsung di Baling dari 4 hingga 6 September 2025.
.
Program anjuran kerajaan ini menjadi platform terbaik bagi mendekatkan perkhidmatan agensi kepada masyarakat, di samping mempromosikan dasar serta inisiatif kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Sepanjang tiga hari penganjuran, reruai KPKM dan Reruai Pengagihan Biji Benih dan Anak Pokok menerima kunjungan yang amat menggalakkan. Antara pengisian menarik yang disediakan termasuk khidmat nasihat pertanian, hebahan program bantuan kerajaan, serta agihan sebanyak 2,700 anak pokok secara percuma kepada pengunjung.
.
Inisiatif agihan anak pokok ini bukan sahaja memberi manfaat langsung kepada masyarakat, malah menggalakkan aktiviti bercucuk tanam di rumah sekali gus menyokong usaha keterjaminan makanan negara.
.
Pengiktirafan ini jelas mencerminkan usaha gigih warga kerja KPKM dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memastikan keterjaminan makanan negara dapat dicapai secara mampan.
.
Dengan kejayaan ini, KPKM bertekad untuk terus memperkukuh komitmen dalam memberikan perkhidmatan yang lebih mesra rakyat dan berimpak tinggi pada masa hadapan.
#KedahSejahteraNikmatUntukSemua
#ExperienceKedah
#KPKMMalaysia
#myDOA
#mydoakedah