𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔𝐋 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 ”𝐑𝐄𝐑𝐔𝐀𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐏𝐎𝐑𝐓𝐈𝐍𝐆” 𝐃𝐈 𝐇𝐏𝐏𝐍𝐊 2025
KOTA KINABALU, 3 Ogos 2025 – Pavilion Negeri Kedah sekali lagi mencuri perhatian di pentas nasional apabila berjaya meraih Anugerah Reruai Negeri Paling Sporting sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 yang berlangsung meriah selama tiga hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).
.
Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
.
Pavilion Kedah tampil menyerlah dengan persembahan kreatif, suasana mesra pengunjung serta paparan produk agro makanan berkualiti tinggi. Antara produk yang mendapat perhatian pengunjung ialah Melon D’Aman, Beras Wangi D’Sempadan, serta produk-produk keluaran usahawan Kedah seperti pes masakan, kuah rojak, kopi, kicap, kerepek labu, jus nanas dan madu kelulut/tualang.
.
Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama erat pelbagai agensi negeri, khususnya Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri Kedah selaku penyelaras utama (PIC), bersama Jabatan Pertanian Negeri Kedah, LPP, MPIB, MADA, dan FAMA Kedah.
.
HPPNK 2025 turut menyaksikan keterlibatan aktif pengunjung dari pelbagai latar belakang, menjadikan acara ini sebagai platform penting dalam memperkukuh ekosistem agromakanan negara.
.
Terima kasih Sabah – anda memang tak relaks
#KedahSejahteraNikmatUntukSemua
#ExperienceKedah
#KPKMMalaysia
#myDOA
#mydoakedah
#HPPNK2025
Jabatan Pertanian Negeri Kedah Darul Aman
Telok Chengai, Jalan Kuala Kedah
06600 Alor Setar, Kedah
Tel: 04-7775000
Fax: 04-7775005
projpnk[at]kedah[dot]gov[dot]my
Portal ini sesuai dipapar menggunakan Chrome atau Firefox atau Safari atau Internet Explorer 10 ke atas dengan resolusi minimum 1024 x 768 pixel
DIKEMASKINI PADA:
09/06/2021 15:28:14