14 Mei 2025 | Khamis | Langkawi – Pejabat Pertanian Daerah Langkawi telah menjadi lokasi seterusnya bagi Pemantauan Audit ISO selepas pelaksanaan di Pejabat Pertanian Daerah Padang Terap. Lawatan pemantauan ini bertujuan untuk menilai pematuhan terhadap sistem pengurusan kualiti ISO serta mengenal pasti penambahbaikan dalam pengurusan sumber dan projek pertanian di Daerah Langkawi.
Pasukan pemantau audit ISO terdiri daripada:
• En. Ahmad Nazri Bin Abdullah Zawawi (BPST)
• En. Mohamad Khairul Amin Bin Rostan (BPMI)
• En. Azham Farid Bin Rosian (BBT)
• En. Khaizan Azril Bin Suhaimi (BPP)
Pegawai yang mewakili Pejabat Pertanian Daerah Langkawi semasa lawatan ini ialah En. Muhammad Hafizudin bin Md Hashim, Penolong Pegawai Pertanian (Pengembangan & Pembangunan), bersama wakil daripada APT, APIAT, dan Pegawai Aset.
.
Dua lokasi utama yang telah dipilih untuk lawatan audit ialah Pusat Pertanian Padang Matsirat, Mukim Padang Matsirat dan Projek Tanaman Durian, Kampung Ewa, Mukim Ayer Hangat
.
Lawatan ini memperkukuh komitmen Pejabat Pertanian Daerah Langkawi terhadap pematuhan standard kualiti dan pengurusan yang cekap demi kesejahteraan sektor pertanian di Negeri Kedah.