AZAM TANI adalah satu program di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) yang telah dijadikan sebagai “Project Champion” oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang meliputi seluruh negeri di semenanjung Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan Labuan. Matlamat program ini untuk membantu rakyat mengatasi masalah miskin tegar.Antara objektif adalah seperti berikut:
Membantu meningkatkan pendapatan sasar dengan pemberian bantuan projek ekonomi di dalam pelbagai sektor seperti tanaman, perikanan, ternakan, industri asas tani, perniagaan hasil tani dan perkhidmatan pertanian.
Mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran serta daya saing golongan sasar dalam bidang pertanian melalui kursus pembangunan modal insan dan latihan teknikal yang diberikan oleh jabatan/agensi pelaksana MOA.
Mengeluarkan para peserta projek daripada belenggu kemiskinan.
Seramai 100 orang peserta dari Daerah Kubang Pasu, Pendang, Yan, Pokok Sena dan Padang Terap terlibat dalam program Azam Tani 2013 di Negeri Kedah.