19 April 2022 : Majlis Pelancaran Program Collaboration Field School (CFS) Tanaman Padi Negeri Kedah oleh YB. Tuan Azman bin Nasrudin, Exco Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India pada 19 April 2022 bertempat di Pusat Latihan Pertanian Telok Chengai.
Program Collaboration Field School (CFS) Tanaman Padi Negeri Kedah ini melibatkan perjanjian MoU antara sepuluh buah syarikat berkaitan teknologi tanaman padi.
Majlis disertakan juga penyerahan sumbangan kepada anak-anak yatim daripada Kelab Pertanian Negeri Kedah serta beberapa syarikat terlibat dan Majlis Berbuka Puasa peringkat Jabatan Pertanian Negeri Kedah.