18 April 2024 : Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, melawat Projek Smart Sawah Berskala Besar Asnaf (SBBA) di Chepir.
Projek SBBA yang dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah untuk membantu asnaf dan memperluas penanaman padi.
Lawatan dimulai dengan peninjauan kawasan penanaman padi, dilanjutkan dengan melihat proses kupas kulit padi di masjid As-Salam dan kunjungan ke ladang Padi Huma di Kampung Radek.
Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Zakaria; Mufti Negeri Kedah, Sohibus Samahah Dato’ Paduka Sheikh Fadzil Haji Awang; dan Timbalan Pengarah Pertanian (Pengembangan), Rozaidi Abdul Rahman.