𝟙𝟙 𝕁𝕦𝕟 𝟚𝟘𝟚𝟜 / 𝕊𝕖𝕝𝕒𝕤𝕒 : Lawatan Kerja Timbalan Pengarah Pertanian Pengembangan Negeri Kedah ke Projek-projek pertanian di bawah bimbingan Pejabat Pertanian Daerah Langkawi
Antara Projek – projek yg dilawati adalah :-
1. Projek Penanaman Kelapa Pandan dan Sayuran yang dijalankan di Felcra Kok, Mukim Padang Mat Sirat dan diusahakan oleh Encik Yusof bin Abdullah.
2. Projek Industri Asas Tani Pemprosesan Hasilan Minyak Kelapa Dara yang diusahakan oleh Puan Mardiana binti Shaari. Bengkel projek ini dijalankan di Kampung Simpang Datai, Mukim Ayer Hangat. Antara produk hasilannya ialah Minyak Kelapa Dara dan Sabun Herba