17 Julai 2024 | Kuala Nerang, Kedah
Kursus Teknologi Tanaman Durian sempena Hari Penanam-Penanam Durian Negeri Kedah anjuran Jabatan Pertanian Negeri Kedah kerjasama Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).
Kursus bertujuan meningkatkan pengetahuan petani dan pengusaha kubun durian tentang pengurusan tanaman durian yang betul serta memberi pendedahan teknologi terkini dalam aktivit penanaman durian.
Kursus dilaksanakan selama 2 hari (17 & 18 Julai 2024) di Dewan Komuniti Kampung Musa, Kuala Nerang yang melibatkan seramai 100 orang peserta.
Penceramah jemputan khas daripada Jabatan Pertanian Negeri Pahang iaitu Encik Mohd Ali Hanafiah Mazlan pakar teknologi tanaman durian.