
11 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 2024 | 𝗔𝗵𝗮𝗱 | 𝗔𝗟𝗢𝗥 𝗦𝗘𝗧𝗔𝗥-
Jabatan Pertanian Negeri Kedah telah menerima lawatan dari Jabatan Pertanian Negeri Selangor.
.
Lawatan kali ini adalah bagi melihat sektor Agropelancongan Bidang Pertanian serta perkongsian ilmu di bawah projek bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Kedah.
.
Perjumpaan ini turut di hadiri oleh En Rozaidi bin Abdul Rahman (Timbalan Pengarah Pertanian Pengembangan Negeri Kedah), Encik Wan Zukarnain bin Baharuddin (Timbalan Pengarah Pertanian Pembangunan Negeri Selangor), Pegawai- pegawai dan Usahawan dari Negeri Selangor.
.
Turut dikongsi juga Teknologi Pengurusan Tanaman Kopi di Negeri Kedah oleh Puan Sharifah binti Ishak dari Bahagian Pembangunan Industri Tanaman (BPIT) Negeri Kedah.






