
𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆 – Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman (BKKT) Putrajaya telah membuat pencirian susulan bagi pendaftaran varieti Limau POW KG-69(PVK029/24) pada 14 Januari 2025.
.
Pemohon Mr Pow Chiok al Kun Gan beralamat di Plot 6928,Kampung Tong Prok,Mukim Padang Kerbau,06750 Pendang,Kedah.
.
Urus setia yang terlibat dari Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman (BKKT) Putrajaya adalah Encik Muhammad Nuradib bin Mazlan dan Encik Muhammad Zaim bin Muhamad Rapidi manakala pencirian varieti dilakukan oleh Puan Hazlin binti Mohd Zin; Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Kedah.
.
Turut hadir bersama dari Pejabat Pertanian Daerah Pendang adalah Encik Muhammad Hazwan Bin Hashim dan Zulfadli Syazwan Bin Zakaria;Agen Pengembangan Tanaman.



