19 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 2025 | 𝐀𝐡𝐚𝐝 | 𝐁𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆
Sembang Santai bersama Haji Dzowahir bin Haji Ab Ghani; Exco Pertanian, Peladangan dan Pengangkutan.
Bertempat di Madrasah Taqribul Ikhwan Fi Futuhir Rahman (Bukit Birut) Mengkuang Hujung. Program yang berlangsung ini bertujuan memberi ruang dan peluang untuk menyelami permasalahan dan mengadakan perbincangan dua hala antara Yang Berhormat dan Jabatan/Agensi bersama penduduk setempat.
.
Turut hadir bersama adalah Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Kedah (Pengembangan); Encik Rozaidi bin Abdul Rahman serta penglibatan Pejabat Pertanian Daerah, Puan Nor Azlina Binti Jamil; Pegawai Pertanian Daerah Baling.
.
Turut dilaksanakan pada Program tersebut adalah pembukaan Kaunter Pertanyaan dan Khidmat Nasihat mengenai projek pertanian dari Pejabat Pertanian yang diketuai oleh Puan Azleeza Binti Azmi; Penolong Pegawai Pertanian bersama Encik Muhammad Zaidi Bin Abdul Ghafar dan Encik Ahmad Al hafiz bin Azizan.