
20 November 2025| Khamis | Telok Chengai – Gotong Royong telah dilaksanakan di Pusat Latihan Pertanian Telok Chengai sebagai usaha memberi keceriaan dan wajah baharu kepada pusat latihan dalam persediaan menerima peserta kursus dan para pelawat bagi tahun 2026.
.
Aktiviti gotong royong ini memberi tumpuan kepada beberapa kawasan utama seperti Laman Herba, Laman Kopi serta Laman Fertigasi Meja, melibatkan kerja-kerja pembersihan, pengindahan, susun atur semula serta penambahbaikan ruang pembelajaran.
.
Program ini melibatkan Bahagian Pengembangan dan Latihan yang turun padang bagi memastikan pelaksanaan berjalan dengan lancar, teratur dan mencapai objektif yang ditetapkan.
.
Usaha ini mencerminkan komitmen Jabatan Pertanian dalam mewujudkan persekitaran latihan yang kondusif, menarik dan bersedia menyokong pelaksanaan program latihan sepanjang tahun 2026.



















