
8 Januari 2026 | Kampung Sungai Batang, Mukim Sok, Sik. Pejabat Pertanian Daerah Sik telah melaksanakan bengkel bagi memberi pendedahan serta meningkatkan kefahaman petani terhadap pengurusan tuaian dan lepas tuai padi huma secara lebih sistematik dan berkesan.
.
Program yang dikendalikan oleh Pegawai Pengembangan, En. Muhammad Faizal bin Jaafar dengan kerjasama pengusaha tempatan, En. Mohd Zaini bin Hashim ini telah mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan seramai 76 orang peserta.
.
Bengkel ini turut melibatkan pelbagai agensi berkaitan termasuk UUM, UniMAP, MARDI, LZNK, BPIT Kedah, PPK Sik, Majlis Daerah Sik dan IPD Sik, sebagai usaha bersama memperkasa sektor pertanian setempat.


















