Selain daripada memastikan petani-petani dilengkapkan dan dipertingkatkan dari segi infrastruktur, bantuan input pertanian dan khidmat nasihat, khidmat sokongan teknikal juga perlu diberi penekanan sering dengan kemudahan perlaksanaan program-program lain.
Khidmat sokongan kepakaran oleh bahagian-bahagian teknikal persekutuan melalui cawangan-cawangan yang diwujudkan adalah tindakan untuk melengkapkan keperluan perkhidmatan pengembangan yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian Negeri Kedah.
CAWANGAN-CAWANGAN TEKNIKAL YANG TERLIBAT DAN PERANANNYA :
- PUSAT PEMBANGUNAN KOMODITI (Tel : 04-7711140, Faks : 04-7713807)
- Membangunkan pakej teknologi tanaman padi, tanaman industri & komoditi berpotensi
serta florikultur. - Memberi perkhidmatan perundingan, sokongan teknikal dan nasihat kepada pengusaha tanaman.
- Mengeluarkan dan membekalkan benih dan bahan tanaman berkualiti kepada pengusaha tanaman.
- Menyediakan perkhidmatan skim pengesahan benih padi kepada pengeluar benih padi sah swasta.
- Membangunkan pakej teknologi tanaman padi, tanaman industri & komoditi berpotensi
- BAHAGIAN PERLINDUNGAN TANAMAN & KUARANTIN TUMBUHAN (Tel : 04-7711154, Faks : 04-7729127)
- Khidmat perlindungan tanaman
- Penguatkuasaan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976
- BAHAGIAN KAWALAN RACUN PEROSAK (Tel : 04-7711154/1666, Faks : 04-7729127)
- Penguatkuasaan Akta Racun Perosak 1974
- BAHAGIAN PENGURUSAN & PEMULIHARAAN SUMBER TANAH (Tel : 04-7715175, Faks : 04-7710517)
- Memberi khidmat siasatan tanah, gunatanah, dan pemuliharaan tanah
- Menyediakan khidmat analisa tanah, tumbuhan, baja dan hasil pertanian
- Menyedia maklumat berkaitan sumber tanah dan pemetaan gunatanah
- PUSAT KEJUTERAAN PERTANIAN
- Khidmat perundingan teknologi kejuruteraan pertanian
- Promosi teknologi kejuruteraan pertanian
- Khidmat perolehan, pembaikan, penyelenggaraan dan pelupusan logistik
- Pembangunan infrastruktur ladang dan sumber air.