21 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 2024 | 𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬 | 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐢
Bahagian Industri Asas Tani, Jabatan Pertanian Negeri Kedah menghantar mesin pemprosesan IAT yang telah diluluskan permohonan peruntukan Tahun 2024 bagi projek Kuih Tradisional Maruku Pagoda yang dimiliki oleh Puan Zakiah binti Abu Bakar, Projek Pemprosesan Makanan Kuah Rojak yang diusahakan Puan Jamilah binti Hashim @ Mat Desa dan Projek Kraftani Seramik Encik Mohammad Radzi bin Ismail.
.
Ketiga – tiga projek ini adalah bimbingan usahawan Pejabat Pertanian Daerah Langkawi.
.
Peralatan telah diserahkan sendiri oleh Encik Firdaus bin Md Salleh, Penolong Pengarah Bahagian Industri Asas Tani kepada Encik Anas Nazeer bin Nazri, Agen Pengembangan Industri Asas Tani -APIAT