Bahagian Khidmat Pengurusan merupakan salah satu daripada enam bahagian yang terdapat di dalam organisasi Jabatan Pertanian Negeri Kedah Darul Aman.
Merujuk kepada Kementerian Kewangan Malaysia melalui surat Bil.8 (31.00)202/1/2-2 Jld.13 (3) bertarikh 9 April 2009 telah meluluskan Surat Kelulusan Perjawatan – Cadangan Penyusunan Semula Organisasi Jabatan Pertanian Negeri Kedah Darul Aman seperti yang dinyatakan dalam Surat Kelulusan Berjawatan Bil.N.24 Tahun 2009, Bahagian Pentadbiran Am dan Kewangan telah ditukar nama kepada Bahagian Khidmat Pengurusan.
Ia merupakan bahagian yang penting di dalam menguruskan hal-hal berkaitan kewangan, pentadbiran dan perkhidmatan. Bahagian ini diketuai oleh Penolong Pegawai Tadbir N32 (Khidmat Pengurusan) yang bertanggungjawab terus kepada Pengarah Pertanian Negeri.
Bahagian ini meliputi seksyen, iaitu :
- Seksyen Kewangan
- Seksyen Pentadbiran
- Seksyen Perkhidmatan
Pembangunan modal insan menjadi keutamaan Bahagian Khidmat Pengurusan dalam melahirkan warga kerja yang berkemahiran tinggi dan berpengetahuan luas serta memiliki etika kerja yang positif melalui latihan dan pembelajaran berterusan.
Objektif
Melaksanakan pengurusan kewangan, pentadbiran, dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dan ‘stockeholders’ berteraskan kepada system pengurusan yang cekap dan efisien mengikut dasar perundangan dan peraturan-peraturan.
Fungsi Utama
- Menjadi jentera pengurusan pentadbiran yang cekap dan tadbir urus sempurna
- Merupakan tonggak utama dalam pengurusan yang berkaitan :
- Kewangan
- Pentadbiran
- Perkhidmatan
Aktiviti Fungsi Utama
Aktiviti fungsi utama Bahagian Khidmat Pengurusan adalah berikut :
- Kewangan
- Pengurusan Penyediaan Anggaran Tahunan
- Pengurusan Emolumen (Gaji)
- Pengurusan Perbelanjaan Mengurus :
- Elaun Lebih Masa dan Tuntutan Perjalanan
- Daftar Bil
- Pesanan Kerajaan
- Baucar Bayaran
- Panjar Wang Runcit
- Pengurusan Perbelanjaan Pembangunan :
- Pesanan Kerajaan
- Baucar Bayaran
- Pengurusan Terimaan Hasil
- Pengurusan Stok dan Inventori
- Pentadbiran
- Pengurusan Direktorat
- Pengurusan Kad Perakam Waktu
- Pengurusan Surat-Menyurat
- Pengurusan Fail
- Pengurusan Keselamatan Pejabat
- Pengurusan Mesyuarat
- Perkhidmatan
- Pengurusan Pengisian Jawatan (Tetap & Sambilan)
- Pengurusan Pengesahan Jawatan
- Pengurusan Kemasukan dalam Jawatan Berpencen
- Pengurusan Penanggungan dan Pemangkuan Kerja
- Pengurusan Kenaikan Pangkat
- Pengurusan Laporan Tatatertib
- Pengurusan Penempatan dan Pertukaran Pegawai
- Pengurusan Latihan
- Pengurusan Cuti
- Pengurusan Peperiksaan
- Pengurusan Pesaraan
- Pengurusan Laporan Penilaian Prestasi
- Pengurusan Pengisytiharan Harta
- Pengurusan Malkumat HRMIS
- Pengurusan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
- Pengurusan Permohonan Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer
OBJEKTIF
Objektif Bahagian ini ialah untuk memberi sokongan teknikal kepada sistem pengembangan Jabatan daripada aspek perkhidmatan kejuruteraan, pengurusan perolehan, aset dan stor Jabatan.
Objektif ini dicapai melalui beberapa strategi :
- Memastikan semua urusan perolehan bekalan, kerja dan perkhidmatan Jabatan mematuhi akta acara kewangan 1957, arahan perbendaharaan dan surat pekeliling daripada Negeri dan Persekutuan.
- Memastikan pengurusan aset alih kerajaan mematuhi Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2007 – Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan.
- Memastikan pengurusan aset hidup kerajaan mematuhi Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2008 – Tatacara Pengurusan Aset Hidup Kerajaan.
- Memastikan pengurusan setor mematuhi Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009 – Tatacara Pengurusan Setor Kerajaan.
- Memastikan urusan penyediaan infrastruktur cekap dan sempurna dan selamat bagi kegunaan kakitangan dan pelanggan Jabatan Pertanian Negeri Kedah.
- Memastikan pengurusan logistik jabatan tersusun dan terancang bagi memudahkan perjalanan pegawai dan kakitangan jabatan.