Port Dickson, 10 Oktober 2025 – Bahagian Perancangan Strategik, Jabatan Pertanian telah menganjurkan Bengkel Pelan Strategik Organisasi bertempat di Ehsan Sea View Hotel, Port Dickson, Negeri Sembilan.
.
Bengkel yang berlangsung selama tiga hari bermula dari 8 hingga 10 Oktober 2025 ini telah menghimpunkan Pengarah-Pengarah Bahagian, Pengarah-Pengarah Pertanian Negeri serta Pegawai-pegawai Kanan bagi merangka dan memperkukuh hala tuju strategik organisasi bagi tempoh lima tahun (2026-2030).
.
Majlis penutupan bengkel telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pertanian, YBhg. Dato’ Nor Sam binti Alwi.
.
Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan perancangan strategik yang berfokus dan inklusif dalam memastikan Jabatan Pertanian terus relevan dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran sektor pertanian yang semakin kompleks dan dinamik.
.
Bengkel ini dianjurkan bagi mencapai beberapa objektif utama, antaranya adalah untuk memperkukuh fungsi jabatan bagi memacu kecemerlangan organisasi, memantapkan dan mempertimbangkan kapasiti dan keupayaan tadbir urus serta sebagai panduan utama dalam merancang pelaksanaan program jabatan supaya selaras dengan hala tuju dan fokus Jabatan Pertanian.
.
Sepanjang bengkel, pelbagai sesi perbincangan, pembentangan kumpulan dan aktiviti pembangunan strategi telah dijalankan dengan penglibatan aktif setiap bahagian dan negeri di bawah bimbingan fasilitator berpengalaman daripada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
.
Bengkel ini dijangka akan menghasilkan Pelan Strategik Jabatan Pertanian yang komprehensif, bukan sahaja menekankan pembangunan industri pertanian secara mampan tetapi juga memperkukuh fungsi jabatan sebagai peneraju dalam inovasi dan teknologi pertanian di Malaysia.
Jabatan Pertanian Negeri Kedah Darul Aman
Telok Chengai, Jalan Kuala Kedah
06600 Alor Setar, Kedah
Tel: 04-7775000
Fax: 04-7775005
projpnk[at]kedah[dot]gov[dot]my
Portal ini sesuai dipapar menggunakan Chrome atau Firefox atau Safari atau Internet Explorer 10 ke atas dengan resolusi minimum 1024 x 768 pixel
DIKEMASKINI PADA:
09/06/2021 15:28:14