Alor Setar, Kedah
Terima Kasih diucapan kepada YB Dato’ Haji Norizan Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah telah menerima kunjungan hormat Dato’ Nor Sam Alwi, Timbalan Ketua Pengarah Pertanian Malaysia ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.
Pertemuan ringkas ini bertujuan untuk menyantuni Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah disamping mengeratkan lagi hubungan kerjasama di antara Jabatan Pertanian Malaysia dengan Kerajaan Negeri Kedah ke arah mewujudkan industri pertanian yang lebih berdaya saing, pengeluaran produk berkualiti, selamat dan mesra alam.
Hadir sama Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Ramli Abdul Rahman; Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Rozaidi Abd. Rahman dan Pegawai Khas Ketua Pengarah Pertanian, Mohd Azwa Shah Ahmad.