Kuala Kedah, 5 Ogos 2020 – Bahagian industri Asas Tani telah menganjurkan Kursus Pemprosesan Pes Masakan yang telah diadakan di Pusat Bimbingan Usahawan Telok Chengai, Jabatan Pertanian Negeri Kedah.Puan Sanisa bt Shaari selaku guru pengajar bagi kursus ini. Kursus ini adalah percuma dan terbuka kepada golongan yang berumur di bawah 40 tahun dan perserta yang menyertai kursus ini diberikan sijil penyertaaan.