𝟙𝟙 𝕁𝕦𝕟 𝟚𝟘𝟚𝟜 / 𝕊𝕖𝕝𝕒𝕤𝕒 : Lawatan Kerja Timbalan Pengarah Pertanian Pengembangan Negeri Kedah ke Projek-projek pertanian di bawah bimbingan Pejabat Pertanian Daerah Langkawi
Antara Projek – projek yg dilawati adalah :-
1. Projek Penanaman Sayuran secara Veggie Factory yang dijalankan di Chandek Kura Mukim Kedawang dan diusahakan oleh Shareen binti Samat dan Team Kebun Sekawan Sdn Bhd.
Penananam sayuran menggunakan kaedah solar dan free pesticides. Penanaman ini juga memenuhi permintaan pasaran hotel – hotel terkenal di daerah langkawi.
2. Projek Industri Asas Tani Pemprosesan Hasilan Kopi iaitu Langkawi Fresh Coffee @ Kopi Puteh yang diusahakan oleh Puan Noorazaini binti Azmi.
Produk yang dijalankan ialah serbuk kopi serta minuman berasaskan kopi,coklat. Bengkel projek ini dijalankan di Kampung Lubuk Buaya Mukim Kedawang.