AHAD (14.05.2023)
SUNGAI PETANI – Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengadakan “Walkabout” sempena Fiesta Harumanis D’Aman 2023 di Amanjaya Mall, Sungai Petani di sini, hari ini.
Sanusi diiringi Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Ramli Abdul Rahman dan Pegawai Daerah Kuala Muda, Ilias Shuib melawat setiap gerai jualan berasaskan mangga Harumanis D’Aman serta melihat demonstrasi membuat kerabu mangga sempena fiesta tersebut.
Harumanis D’Aman merupakan produk negeri Kedah yang diperkenalkan pada tahun 2022 kini diusahakan oleh ramai usahawan Kedah dan telah menghasilkan buah Harumanis berkualiti tinggi yang boleh menembusi pasaran negara ini setanding Harumanis negeri jiran, Perlis.
#SB
#AM
#WartaKedah
#WalkaboutMBKedah
#FiestaHarumanisD’Aman
#AmanjayaMallSungaiPetani
#KedahSejahtera
#Kedah