23 Julai 2025 | RABU | Alor Setar– Mesyuarat penyelarasan bagi penglibatan Kerajaan Negeri Kedah ke Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 yang akan berlangsung di Sabah telah diadakan di Bilik Mesyuarat Exco Pertanian, Wisma Darul Aman.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YB Tuan Haji Dzowahir bin Ab Ghani, Exco Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan Negeri Kedah, dan turut dihadiri oleh Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Encik Muhammad Shahril bin Bahatim, Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri serta wakil, Encik Muhamad Puad bin Moktar, Jabatan Pertanian Negeri Kedah serta wakil dan Cik Nur ‘Olya binti Abdul Karim, Lembaga Penanam-Penanam Padi Negeri Kedah serta wakil.
.
Mesyuarat memberi tumpuan kepada penyelarasan booth pameran, penyertaan Negeri, bahan promosi, logistik serta penglibatan agensi di bawah Kerajaan Negeri Kedah.
🎯 Objektif utama: Menampilkan kekuatan dan identiti Kedah dalam sektor agromakanan, teknologi hijau dan agro-pelancongan di pentas kebangsaan.
YB Pengerusi menekankan keperluan gerak kerja tersusun dan kolaborasi erat semua pihak agar penyertaan Kedah ke HPPNK 2025 di Sabah membawa impak besar dan berkualiti tinggi.