LESEN EKSPORT
Lesen Eksport dikeluarkan bagi pihak Ketua Pengarah KASTAM , bagi tanaman yang tertakluk di bawah Jadual kedua, Perintah KASTAM( Larangan Mengenai Eksport)2008.
Pengeluaran Lesen Eksport terdiri dari dua kaedah ;
- Pengeksportan ke Sabah dan Sarawak (movement) pengisian secara manual menggunakan Borang Kastam Tiga(K3) bersama borang permohonanan ( muat turun borang ).
- Pengeksportan luar dari Malaysia termasuk Brunei dan Singapura permohonan di buat secara on-line. Pengeksport/pemohon hendaklah terlebih dahulu berdaftar dengan pihak Dagangnet seperti berikut:
- Permohonan Lesen Eksport hendaklah dipohon sekurang-kurangnya dalam tempoh dua (2) hari bekerja sebelum pemeriksaan fizikal konsainan dilakukan. Pemeriksaan fizikal konsainan dilakukan di tempat yang telah ditentukan oleh pengeksport/pemohon/individu setelah semua syarat dipenuhi.
- Fi Setiap lesen Eksport akan di kenakankan bayaran sebanyak RM15.00(Lima belas ringgit sahaja)
- Kelulusan Lesen Eksport akan di keluarkan dalam tempoh 24 jam, selepas pemeriksaan fizikal konsainan dipatuhi dan syarat-syarat dipenuhi.
Pusat Perkhidmatan Pelanggan @ Careline
Dagang Net Technologies Sdn Bhd
HP Towers, 20th Floor, Jalan Gelenggang, Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur
Email: careline@dagangnet.com
Web Careline: http://www.dagangnet.com