Pengenalan
Program ini khusus untuk generasi muda yang berumur di bawah 40 tahun.Pendekatan program ini adalah bagi membantu dan menggalakan pelingbatan generasi muda dalam bidang keusahawanan (Agropreneur) berasasakan aktiviti pertanain pertanian merangkumi semua aktiviti didalam rangkaian nilai industri pertanaian seperti tanaman , ternakan , perikanan , pemasaran , teknologi dan inovasi serta projek khas sperti projek agrotourism dan industri asas tani.
Visi
Melahirkan Agropreneur Muda yang progresif , berdaya saing , kreatif, inovatif dan berpendapatan tinggi
Misi
Menjadikan pertanian sebagai sektor moden dan dinamik serta pilihan kerjaya yang menjanjikan pendapatan tinggi kepada generasi muda.
Kumpulan sasar
Generasi muda bawah 40 tahun
Senarai Pakej Bidang pertanian Yang Berpontesi :
- Tanaman fertigasi – tanaman melon dan cili , ternakan lebah madu/ lebah kelulut
- Ternakan – ternakan puyuh, ternakan puyuh , ternakna kambing/beri, ternkan ayam
- Perikanan – akuakultur (ternakan ikan tilapia , udang galah, rumpai laut , ikan hiasan / tumbuhan akuatik
- Francais ais krim(gelato) berasaskan buah- buahan tempatan
- Karaginan dari rumpai laut
Syarat- syarat Kelayakan Pemohon Menyertai Program Agropeneur Muda adalah seperti berikut:
- Warga negara Malaysia
- Generasi muda berumur bawah 40 tahun
- Tidak mengira latarbelakang pendidikan
- Belia yang baru memulakan Projek , wajib mengikuti program latihan teknikal anjuran Jabatan & Agensi berkaiatan
- Keutamaan kepada belia yanag mempunyai kemudhan tanah & premis yang sedia ada
Permohonan
Menggunakan borang UAM 01/14 dan setiap pemohon layak membuat satu (1) permohonan pada satu – satu masa.