11 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 2024 𝗥𝗮𝗯𝘂 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗠𝗨𝗗𝗔
Program Focus Group Discussion untuk Industri Pertanian di Kawasan Utara Anjuran Human Resource Development Corporation (HRD Corp).
.
Program berlangsung di KISMEC (Kedah Industrial Skills and Management Development Centre) Sungai Petani, Kedah telah dihadiri oleh pengurus-pengurus MADA,IADA & PPK Wilayah Utara ( Penang, Kedah & Perlis )
.
Program ini memberi fokus kepada Visi dan Misi Jabatan Pertanian untuk RMK 13 serta memperkenalkan Geran Agropreneur Muda yang telah ditambahbaik bagi melahirkan ramai usahawan tani untuk golongan belia yang berumur antara 18- 43 tahun.
Penganjur Program HRD Corp telah menjemput Encik Rozaidi bin Abdul Rahman (Timbalan Pengarah Pertanian Pengembangan) Jabatan Pertanian Negeri Kedah untuk slot khas yang di telah diaturkan.