“Program Bantuan Tanam Semula Buah – Buahan Terpilih” merupakan usaha penting bagi memastikan kualiti serta kuantiti hasil tanaman dapat diperkukuhkan untuk pasaran dalam dan luar Negara, disamping menjamin sumber pendapatan pekebun secra berterusan .
Objektif Program
- Membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil buah – buahan melalui peningkatan produktiviti, pengurusan tanaman dan pengalaman teknologi
- Melaksanakan pemulihan dan mengamalkan MyGAP termasuk penggantian tanaman buah – buahan dengan benih berkualiti , pembajaan dan kawalan perosak yang lebih terancang
- Meningkatkan pengeluaran buah – buhan secara pukal, berkualiti dan mencukupi serta dapat memenuhi pasaran domestik dan eksport selaras dengan strategi Dasar Agromakanan Negara( 2011-2020)
Skop Program
Program bantuan Tanam Semula Buah – buahan Terpilih dilaksanakan untuk pekebun buah -buhan yang menuhi syarat -syarat yang ditetapkan oleh kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dari semasa ke semasa.
Syarat- syarat Kelayakan Permohonan
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Telah / sedang mengusahakan tanaman buah – buhan di atas tanah sendiri, sewa, pajak atau lain – lain status tanah yang telah diberi kebenaran bertulis oleh pihak berkuasa berkaitan.
- Mempunyai keluasan tanah bertanam 5 hektar dan ke bawah
- Memiliki sijil MyGAP atau ke arah mendapatkannya dalam tempoh 2 tahun
- Bersedia menyumbang baki daripada kos yang berkaitan selain daripada kadar bantuan yang diberikan.
- Permohonan hanya sah apabila mendaftar menggunakan borang yang disediakan dan setiap pemohon layak membuat 1 permohonan sahaja.
Untuk maklumat lanjut sila klik link di bawah atau berhubung terus dengan Bahagian Pengembangan dan Pemabangunan Komoditi Jabatan Pertanian Negeri Kedah dan Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan.
Garis Panduan program Bantuan Tanam Semula Buah – Buahan Terpilih
Borang Permohonan Bantuan Tanam Semula Buah – buahan Terpilih