Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dicadangkan sebagai satu strategi di bawah Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) untuk menggalakkan pelaksanaan projek pertanian secara berskala besar, komersil dan berteknologi tinggi oleh usahawan termasuk sektor swasta.
Konsep Pembangunan TKPM melibatkan kerjasama Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pengusaha seperti berikut :
- Kerajaan Negeri bersetuju menyediakan tanah dan digazetkan sebagai projek TKPM
- Kerajaan Persekutuan menyediakan infrastruktur asas dan pengurusan di bawah landasan MOA Inc.
Usahawan dan syarikat swasta terlibat dalam pengeluaran tanaman makanan (melalui sewaan lot yang disediakan).
- Mewujudkan zon pengeluaran tanaman makanan kekal
- Membantu meningkatkan pengeluaran makanan negara yang mapan dan berkualiti;
- Membangunkan dan meningkatkan penglibatan usahawan-usahawan dalam bidang pengeluaran tanaman makanan secara komersil;
- Meningkatkan pendapatan bersih peserta kepada sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan; dan
- Menggalakkan dan meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam pengeluaran tanaman makanan.
- Peserta berpengalaman dan terlatih;
- Mempunyai minat dan kesungguhan;
- Mempunyai modal dan sanggup meminjam;
- Mempunyai sikap ‘terbuka dan positif’; dan
- Sanggup mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian.
Peta Lokasi Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Semenanjung Malaysia
Pemilihan peserta dijalankan oleh Jawatankuasa Temuduga yang dipengerusikan oleh Pengarah Pertanian Negeri dan ahli-ahli terdiri daripada Jabatan / Agensi dibawah MOA Inc.
Strategi pelaksanaan dan pengeluaran program TKPM adalah seperti berikut :
- Pembangunan yang berasaskan pendekatan pengezonan;
- Berdasarkan ‘Market Driven’;
- Berlandaskan pembangunan kluster industri tanaman makanan;
- Mewujudkan rantaian makanan (from Farm to Table) dalam pembangunan kluster industri tanaman makanan;
- Perladangan berskala besar dan komersil;
- Penglibatan pihak swasta;
- Penggunaan teknologi perladangan moden dan terkini; dan
- Amalan pertanian baik.
Strategi pemasaran bagi program TKPM adalah melalui tiga (3) kaedah seperti berikut :
- Pemasaran atas inisiatif sendiri (pasaran domestik dan eksport);
- Pemasaran secara ‘contract farming’ (FAMA, Syarikat Individu); dan
- Pemasaran melalui anchor company : – Swasta; dan – Government-Linked Company (GLC)
Nama |
: Siti Salbiah Binti Shahabudin |
No. Telefon |
: 04-7775000 |
No. Faks |
: 04-7775005 |
Emel |
: projpnk@kedah.gov.my |
Jawatan |
: Penolong Pegawai Pertanian (G29) |
Alamat |
: Penyelaras Projek TKPM Kedah |
- Pembangunan Industri Buah-buahan
- Pembangunan Industri Padi
- Pembangunan Industri Kelapa
- Pembangunan Industri Sayur-sayuran dan Tanaman Ladang
- HIP – Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)
- Pembinaan Kompleks Pertanian
- Pembangunan Industri Komoditi Berpotensi
- Projek Kelulusan Khas : Pembangunan Industri Kelapa
- Pakej Amalan Teknologi Florikultur